Wednesday, September 24, 2008

24 ramadhan 1429

hari ni dah 24 ramadhan... huhuh... dah nak raya... sume org nk kg dah.. aku je yg balik 29hb.. padan muka.. sape suruh beli tiket lmbt... tp xpe.. esok hubby tercinta datang... yea!yea!... huhu.. dah nk cuti nila keje melambak2... tension jek... reseacrh ni bila nk siap nih... huhuhu...

Monday, September 22, 2008

Kisah Fatimah R.Ha Mengisar Gandum

Suatu hari Rasulullah SAW datang melawat anaknya Faimah r.ha dan didapatinya sedang menangis. Maka bertanyalah Rasulullah SAW: "Apakah yang membuat engkau menangis, wahai Fatimah?"Fatimah menjawab, "Wahai ayahku, aku menangis disebabkan oleh keletihan yang tidak terkira ketika mengisar tepung dan menyediakan keperluan rumah.Sekiranya ayah menyuruh Imam Ali membeli seorang wanita suruhan, itu akan menjadi pemberian yang besar bagiku."

Terdengar kata-kata itu hati Rasulullah terguris hingga berlinang air mata baginda. Lalu baginda pun duduk berhampiran alat pengisar kemudian mengambil segenggam gandum dan melafazkan:

BismillahirRahmanirRahim
Ketika Rasulullah memasukkan gandum tersebut ke dalam alat pengisar maka bergeraklah alat itu dengan sendirinya sambil alat itu memuji akan Allah dalam bahasa yang amat indah dan suara yang amat merdu sehingga semuanyadikisar. Lalu baginda pun berkata, "Berhentilah kamu wahai alat pengisar."

Ketika itu Allah telah menjadikan alat itu dapat berkatakata. "Demi Allahyang menghantarmu dengan kebenaran sebagai seorang Rasul dan dengan berita sebagai orang yang diamanahkan. Aku tidak akan berhenti selagi kau tidak memberi jaminan daripada Allah untuk menempatkan aku di dalam syurga dan menjauhkan aku dari api neraka." Berkata Rasulullah SAW: "Kau adalah
batu, namun kau takut pada api neraka.

Alat pengisar menjawab:
"Wahai Rasulullah, aku telah terdengar kata-kata ini dari Al Ouran: Wahai orang yang beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang pembakarnya terdiri dari manusia dan batu-batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras tidak menderhakai terhadap apa yang diperintahkan Allah kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

Maka Rasulullah pun mendoakan untuk keselamatan batu itu. Selesai berdoa turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai Muhammad, Tuhan yang untuknya segala pujian dan yang Maha
Tinggi, mengirim salam dan penghormatan dan berpesan kepada engkau: Beritahu batu itu berita gembira bahawa Allah telah menganugerahhan pada batu itu keselamatan dari api neraka dan meletakkannya di antara batu-batu syurga di dalam mahligai Fatimah di mana ia akan bercahaya bagaikan matahari di alam ini.

Lalu disampaikan berita itu. Baginda memandang kepada Fatimah lalu bersabda:
"Wahai Faitmah, sekiranya bergitulah kehendak Allah, pengisar itu akan berkerja setiap hari tetapi Allah ingin mencatatkan untukmu perbuatan baik dan meninggikan darajatmu kerana tanggung jawab yang berat itu."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit dl antara dirinya dengan api nereka jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

"Wahai Fatimah, bagi settap wanita yang memintal benang Allah akan mencatatkan unuknya perbuaan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi settap wanita yang memintal akan benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka AIIah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya menyikatnya mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak Itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhati."
(Riwayat Abu Hurairah)

8C sebab suami benci isteri

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...

C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami,tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....

C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renungkanlah.....

not in a good mood : I

napa ntah ari ni... xde mood langsung.. cm malas nk bercakap.. ada yg x kena rasa.. kadang2 pk maybe ada benda yg terlalu simpan.. bila x terluah, jadila cmni.. rasa cm nk marah je ngan seseorg.. mungkin sejak azali nye mmg x serasi kan.. tp cuba jugak.. rupa2 nye 2 tahun tu adalah satu tahap yg cukup lama utk menyerasikan diri.. mungkin kite je kot yg bukan@.. org tu xde apa pun.. tp tulah kan kdg2 rasa cm kite ni kedekut sgt ke, berkira sgt ke, ntahla kan ...hmm maybe kite pun salah jugakkan.. dah lah... cuba la lupa kan je... kan bagus.. jgn nk keruhkan keadaan.. actually bukan nk keruhkan keadaaan.. x delah buat benda yg betul2 sakitkan hati.. tp itulah tu kan , cara org tu kdg2 kite sukar nk terima.. payah kan hidup ngan org ni.. tp xkan nk idup sorg2 kot.. or nk hidup ngan mioww je kot.. payah betul2... hmm semoga dah ptg nanti, my feeling will be better...

istighfar byk2 kan bulan pose ni...

memaafkan n memahami...

MEMAHAMI.....sebut cm senang je kan... MEMAHAMI.. actually its hard to be understanding.. huhuh... rupa2nye kalu nk memahami tu kan kena bagi ruang bukan setakat amik berat je.. tp kena bg peluang n ruang utk dia bernafas dan berfikir, paling penting kena sabar... hmmm.. susah rupanye..

tapi xpe lah kena belaja.. xkan nk mcm ni je.. kena blaja sabar.. memahami.. bg peluang utk dia berfikir.. jgn keruhkan keadaan..huhu.. jgn buat perangai dah..

sebenarnye sume ni bermula dr dlm hati.. kena lepaskan yg lepas2 tu dgn redha.. kene betul2 mulakan yg baru.. maafkan sepenuh hati... bukan hanya kat hati.. bila dr dalam hati tu x abis, akan terkenang2 nanti.. sapa yg susah? diri sedniri n secara x langsung kite akan menyakiti yg tersayang.. kesian dia..

br saya tahu kenap sy masih lagi terngiang2 apa yg pernah berlaku.. sebab saya x lepaskan sume tu dgn kemaafan saya.. hanya maaf di mulut.. jadi sempena bulan baik hari baik ni saya minta ampun byk2 pada semua dan saya akan lupaka apa yg jadi tu... lebih2 pada suami tercinta.. minta ampun zahir dan batin.. huhu.

last but not least.. thank sayang coz sabar dgn karenah saya yg ngada2 ni... huhu.. x sabar, suka pk bukan2 dan macam2 lagi la... insyaallah sy akan cuba berubah demi rumahtangga yg sy sayang ni... semoga kekal ke akhirat... amiinnn...

Friday, September 19, 2008

kerana dia manusia biasa 2...

setelah membaca cerita 'kerana dia manusia biasa' tu, saya terfikir saya pun manusia biasa, suami yg saya cintai tu pun manusia biasa.. jadi kita kena berfikir yang kite suma hanya mampu merancang dan berusaha utk lakukan yang terbaik utk pasanagn masing2.. selebih nya Allah yang tentukan.. semoga rumahtangga saya kekal dunia akhirat... amiinn...

kerana dia manusia biasa......

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..
Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ......

Kerana Dia Manusia Biasa ...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini
selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.

Sebenarnya.. . ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu
(benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik
ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .......

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

********* ********* ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ********* ********* *******
Kepada Yth ........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia
biasa.


Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin


Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

********* ********* ***
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa....... . " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.

Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.

Jadi, bagaimana dengan cinta?

Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa.

Amin.

Wallahu 'alam

Thursday, September 18, 2008

research

hmm... pagi2 dah kena g meeting research untuk vandalisme.. huhuhu.. tp xpe.. buat ramai2 kan, ada 5 org.. jd sorg skit nanti siapla.. so ari ni juga kena siapkan part saya.. kejap je tu..

itu br reseacrh utk konferensi, lum lg utk confirmation... huhu... bila nk start.. by hook or by crook, sha and i must start our research this semester break.. at least start something kan... chaiyok2..

oh student ku......

budak2 skrg ni mcm2 perangai kan... yang pandai bukan main pandai lagi... sampai jawpan leh jd skema jawapan la... yg mals pulak samapai sume keje x nak submit, kelas x anta.. itu belum plus attitude yg buakn2 lagi... melawan + kurang ajar + x reti nk hormat org...

mayb yg mengajar nye muda sgt kot.. (perasn muda lak).. tp mungkin jugak la kan.. atau pun peredaran zaman tu yg jd penyebab.. pengaruh dr macam sumber... internet, tv, kwn2 etc la...

susah betul jd pendidik ni.. kalu nk dibiarkan rasa x sampai hti pulak nk bairkan diorg tu terkontang kanting x tahu apa2.. tp geram tu dtg jugak lah kan.. bila x dgr kata tu.. huhuhu

semoga anak2 didik ku itu akan berjaya dunia akhirat... amiinnn...

hari ini.....

salam tgh hari... heheh... ari ni kelas full dr pg td bercakap x berenti2... pensyarah la katakan... mcm bgs je kan.. padahal cikai je.. penat tul terasa.. malam td x tido.. bersembang dgn suami tercinta... mcm benda la yg dibincangkan... seronok jugak cmni.. cm tgh bercinta je.. tp skrg ni perasaan sy ni x tentu skit.. tension kot... byk keje pastu nk cuti dah kan... pastu kepala nye asyik ingat kan husband je lah.. dok jauh la kattakan... huhuhuh.. cian tau... windu sgt...

Wednesday, September 17, 2008

kehidupan harian...

hmm... bulan2 pose ni kekadang tu hilang jugak kesabaran kan dgn karenah budak2 zaman moden ni.. hihi.. mcm la saya ni hidup zaman batu.. bukan apa.. makin lama budak2 ni makin menjadi... makin kite diamkan, makin dia malas.. x tahu la nak jadi apa sume nye.. kite ni ikhlas nk bg diorg ni pandai.. tp diorg.. hmm bkn ingat nk pandai...actually xdleah sume cm tu .. ada jugak segelintir yg masih lg tahu tanggugjawab..

kebelakangan ni saya ni selalu jugak la cm hilang saba... x tahu la kenapa.. nak kata stress keje x jugak kot... keje cm biasa je... mgm byk tu loading nye.. tp ntah la skrg ni... angin kuskus tu selalu jugak meletus.. yg bahaya nye ia nye meletus tanpa diduga dan dimana2. dah bulan pose.. nampak sgt diri sebenar kite tu kan... hihi.. syaitan xde nk menghasut.. maksud mg dah cmtu kot dlm diri ni.. huhuhu...

hmm...keje melambak2 ni.. biasala kan tgh sem.. assignment budak2 pun melambak la nk ditanda... pasut dgn yg hantar lmbt nye.. nk marah2 x bape nk samapi hati.. at least dia antar jugak kan even lmbt pun.. drpada budak yg x anta langsung tuh...

agak nye saya ni byk sgt simpan dlm hati... itu yg asyik nk letup je kot... huhuhu.... hope i'll be better tomorrow... huhuhu

salam semua...

i'm back...

salam semua... lama sungguh x update blog ni... maaf lah ye.. agak sibuk skit.. lagpun internet selalu problem kat opis ni.. lambat pun ye jugak.. my sis in-law smapai comment suruh update lg.. sori ye kak..

so.. i'm back.. hope saya akan selalu update la lepas ni...

hmm.. sekarang ni tgh bulan pose.. rasa x terlamabt lg kot nk ucapkan selamat berpuasa kepada sume.. ari ni nuzul quran which mean dah 17 hari kite sume berpuasa... lagi 13 hari dah nak raya.. yeayea!!! nak raya.. tp sedih jugak nk tinggalkan ramadhan ni.

tahun ni pertama kali saya berhari raya bersama suami dan bergelar seorang isteri... dan berhari di kg suami... beraya bersama family baru...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails