> Utk para Isteri-isteri dan bakal menjadi isteri tu,jadikanlah kewujudan
> anda sebagai insan yg paling istemewa disamping suami,anak-anak serta
> sentiasa menjadi ingatan mereka semua sampai bila.. Renung-renungkan dan
> selamat beramal…
>
> KEBAHAGIAN SEORANG SUAMI
>
> Seoarang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah.
> Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa
> orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh
> bahagia dan sejahtera.
>
> Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan
> bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri
> yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan
> sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
>
> Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si
> isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan
> sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga,
> saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk
> mengucapkan taziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan
> kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan
> kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan
> dicintai.
>
> Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah
> berkata: semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan taziah
> kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini.
>
> Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami
> itu.
>
> Si suami meneruskan kata-katanya: Demi Allah yang tiada Ilah yang
> berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang
> paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam
> pertamaku bersama isteriku itu.
>
> Maha Suci Allah Taala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik
> wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan
> anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku
> dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala
> jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia
> aku teringat sebuah hadith Nabi (salla Llahu alayhi wa aalihi wa
> sallam);
>
> Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya
> pasti akan masuk ke dalam Syurga.[1]
>
> Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan
> tanganku di kepalanya dan aku berkata: Wahai Allah, Aku sesungguhnya
> redho kepadanya, maka redhoilah ia. Kulang-ulang kata-kataku itu,
> sehingga tenang dan puas hatiku.
>
> Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan
> bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya
> kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.
>
> Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan taziah kepada
> ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya.
> Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal
> dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Taala menerima
> isteriku dengan keredhoan-Nya.
>
> Masyaallah alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie adakah
> kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga
> pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya. kebanyakkan sekarang
> nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal
> dunia.tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi ..hehehee
>
>
>
No comments:
Post a Comment