Wednesday, December 31, 2008
30 disember 2008...
ptg tu pulak ada taklimat pasal cuti n KWSP... hmmm apa2 lah kerajaan ni kan.. nak kurgkan cuti pulak... nk tingkatkan produktiviti kunun... mcm2... jadi sy putuskan nk stay je ngan cuti 30 hari.. pastu stay dgn potongan 11% KWSP tu.. selesai keje..
ptg tu amik la bateri yg dihantar pg td...nmpk nye kete pun cm ok je...
setel masalah hari tersebut...
Tuesday, December 30, 2008
salam maal hijrah 1430
begini mualanya, buka je mata, bagn solat subuh, mandi, basuh kain2, dlm kul 9 kuar breakfast, kul 930 balik, tgk tv, sampai kul 12, masak utk lunch, kul 1 mkn, then solat zohor, tgk tv+tido, heheh... bgn tido, solat asar, tgk tv lagi, mandi, solat maghrib pulak, siapkan dinner, solat isya, dinner, tgk tv sampai ngantuk... then tidoooooooooooo... itu aktiviti saya setiap hari.... sama je kan... kdg2 tu ada lah ikut cik abang main badminton, tp jd penonton je lah... kalau cik abg kerja, waktu pagi tu tukar aktiviti, tido di tower pulak.... hahahah...
itulah aktiviti sy ketika cuti... menternak lemak2..
sekian tentang aktiviti saya
1 muharram bersamaan 29hb ni, hari yg sy x nanti2kan.. coz berakhirlah cuti sy... dah kena balik kuching n teruskan hidup seperti biasa...
nangis je lah keja saya... sampai abg tgh bersiap2 tu pun sy nangis lagi, teresak2... huhuhu.. cedih tau berpisah ngan suami... nk jumpa lagi sebulan.. lama tuh... sedih.....
Saturday, December 20, 2008
disember...
2 n 3 dis ari tu ada coference.. huhu biasalah kan, nama pun conference... so dgr je lah apa yg di bentangkan oleh rakan2 seperjuangan... tp ada bgs nye jugak conference ni... setidak2 tidaknye kite berkongsi pendapat dan masalah dgn org lain.. sbg contoh, maintenance and facility department.. everybody blaming them about all the mess n damages.. but actually they have their own reasons why they cant afford to solve or fix the problem on time.. there were a lot factors such birocracy ( of course!!!), budget, staff etc... so by doing this conference, all department would share their unhappiness with the others..
absi dulu pasal conference..
skrg ni pasal cuti pulak.. 4 dis ari tu sy pun terbang la ke tempat husband yg akak jauh dr sy... dia di marudi.. quite near to miri.. but have to catch the flight...( i do have other choice....) so.. i begin my holiday there.. nothing much to do.. just have a relaxing day... far away from my office, my job.. all i left in samarahan.. but today i'm my office doing something.. hehe.. i'm coming back to kuchign because my husband have something to do with his work...so i have to follow him la... heheh.. but tomorrow, i going back to marudi for finished my holiday until 29 dis... huhuhuhu... what a holiday huh???
what to do??? its my choice.. so enjoy it.. have fun..
Wednesday, December 10, 2008
what to say??????
what to say??? x tahu la nk citer apa..
Thursday, November 27, 2008
meeting...
ptg ni berangkat sy kembali ke KL lagi... huhuh.. penat sebenarnye.. tp nk wat cmne kan... dah tugas.. kena g meeting.. hubby br je balik ke Miri pg td.. so x pdt lah jumpa... huhuhu... xpe. next week dah cuti... best nye ...
Wednesday, November 26, 2008
RUKUN ISLAM KE 5..
mlm tu sungguh la kekenyanagn.. sampai je umah.. terus tido... tp seronok sgt coz sejak kenal ngan hubby lum lg kitorg dpt jalan2 cmtu sesama.... hehehe..
Saturday, November 15, 2008
akhirnya....
xpe2... sabar kan.. sesungguhnya balasn utk org yg sabar tu byk.... hehe... hmmm...nk wat pa ni ek... where should i start??? ... kemas2 file la...
daaa... jumpa lagi...
Friday, November 7, 2008
paper masuk...
Thursday, November 6, 2008
KEBAHAGIAN SEORANG SUAMI
> anda sebagai insan yg paling istemewa disamping suami,anak-anak serta
> sentiasa menjadi ingatan mereka semua sampai bila.. Renung-renungkan dan
> selamat beramal…
>
> KEBAHAGIAN SEORANG SUAMI
>
> Seoarang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah.
> Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa
> orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh
> bahagia dan sejahtera.
>
> Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan
> bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri
> yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan
> sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
>
> Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si
> isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan
> sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga,
> saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk
> mengucapkan taziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan
> kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan
> kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan
> dicintai.
>
> Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah
> berkata: semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan taziah
> kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini.
>
> Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami
> itu.
>
> Si suami meneruskan kata-katanya: Demi Allah yang tiada Ilah yang
> berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang
> paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam
> pertamaku bersama isteriku itu.
>
> Maha Suci Allah Taala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik
> wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan
> anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku
> dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala
> jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia
> aku teringat sebuah hadith Nabi (salla Llahu alayhi wa aalihi wa
> sallam);
>
> Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya
> pasti akan masuk ke dalam Syurga.[1]
>
> Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan
> tanganku di kepalanya dan aku berkata: Wahai Allah, Aku sesungguhnya
> redho kepadanya, maka redhoilah ia. Kulang-ulang kata-kataku itu,
> sehingga tenang dan puas hatiku.
>
> Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan
> bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya
> kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.
>
> Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan taziah kepada
> ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya.
> Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal
> dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Taala menerima
> isteriku dengan keredhoan-Nya.
>
> Masyaallah alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie adakah
> kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga
> pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya. kebanyakkan sekarang
> nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal
> dunia.tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi ..hehehee
>
>
>
hari ni hari khamis
winduuuu nye ngan abg... br 2 hari x jumpa.. tp tindu nye bagai bertahun2.. hehe.. x tipu tau.. now, i really fall in love with him... rasa hidup ni melayang layang jek... doa2 la moga hidup kitorg ni murah rezki, hutang2 dpt setel cepat... cepat dpt hakeem n aishah yg comel2..
till then, c u soon...
Wednesday, November 5, 2008
senyum......
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."
Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.
Memang Tuhan telah menakdirkan manusia sebagai makhluk yang paling indah. Bentuknya begitu sempurna, sehingga dipandang dari sudut manapun manusia kelihatan cantik dan serasi. Untuk itu hendaknya kurnia ini jangan dinodai dengan penampilan yang buruk, kerana sebagaimana kata Rasulullah, "Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."
Namun demikian tidak bererti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih.
Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumahtangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
padan muka...
sekarang ni sy cuba belaja sabar... supaya xde naik2 suara dah dgn abg, marah2 dia, pk bukan2, etc yg sewaktu dgnnya... hope sume ok.. insyaallah saya akan berjaya kalu berusaha.. sy akan byk kan ngaji, senyum selalu n pk positif.. nk pk positif ni bukan nye senang... sebab ada syaitan yg akan bisik2 kat telinga pasal2 benda negatif tu... so kena istighfar byk2... lagi satu jgn terlalu pk... kalu abg lain mcm je tu. biarkan je.. cuba belaja bg ruang pada abg... doakan yg baik2 utk dia.. kalu pk bkn2 tu pun kre doa.. nanti jd betul2 br tahu.. PADAN MUKA... huhuhu..
sekian... jumpa lagi..
Tuesday, November 4, 2008
baba work.... :(
xpelah kan... baba work..
Thursday, October 30, 2008
the best surprised on my birthday......
tahun ni birthday yg penuh surprise.. even tahun lepas pun disurprise kan oleh kawan.. tp tahun ni kawan2 surprise saya with my beloved hubby... huhuh.. sampai nangis2.. bukan sedih tp terharu coz on my birthday hubby ada depan mata.. cm x caya..
cerita bermula begini, semalam 29 okt, berangan2 je kot2 abg nk dgt kan.. tp tahu angan tu x jd realiti.. yelah rasa cm bazirkan duit abg je kan.. bkn sikit2 pakai duit.. bykkan... jd saya lupak angan2 tu, sy pun teruskan hari2 cm biasa.. cuma semalam balik lmbt skit, balik ngan jaja. pastu sha x balik lagi. lmbt betul dia balik. kul 1130 rasanya.. huhu.. byk keje kot. kata hati je lah.. pastu tiba2 abg call... tp x bestnye ckp kejap je putus, tension makcik.. heheh... cm fed up.. terus la rasa nk tido. so siap2 la nk tido.. pastu sha ketuk pintu.. Surprise pertama.. kawan tersayang dengan kek birthday.. huhuh.. terharu..tp sendih sebab hubby xde kan.. its ok lah.. tgh2 nk ptong kek n amik gmbr, tgk2 belakang hubby terchenta dah ada.. senyum.. SURPRISE SUNGGUH!!! terus pukul2 manja gitu.. hhuu tehn nangis la... terharu sgt... dia buat sume ni.. beli kek, kfc.. susah2 ngan kawan2 sy.. terharu sungguhh...
thanx alot my derest friends... EIJA, CUMMA, SHA, JAJA, K NURUL, ZAI, ANA, K CT...
and tp my husband, really appreciate u in my life sayang, thanx a lot... luv u..
Tuesday, October 28, 2008
study week
sekarang ni study week. tp x berapa nk week la coz 25hb - 28hb je.. so xdelah nk week sgt kan.. hehe.. 29hb dah start exam dah... so xdelah kelas lgi.. no more lecture for time being.. relax skit.. cuma tinggal nk invigilate n marking paper.. pening gak nk marking nih... ntah apa la jawpan budak2 ni,.... merepek2 agaknye,... hope sume student dpt jawap dgn bgs...
hmm... nk cietr apa ekkk... xpe apa la... till then... jumpa lagi..
Wednesday, October 22, 2008
today is tuesday...
last week br je excited my sis-in-law adopt new baby, tp sabtu baru ni dah kena pulangkan balik baby tu pada maknye.. huhu sedih.. tp xpelah.. dugaan Allah tu kan.. Moga my sis tabah hadapi dugaan ni n cepat2 dapat baby sendiri.
saya dah mula bosan ngan keje saya skrg ni.. ajar budak kan.. actually benda exciting.. tp mungkin x sabar dah kot nk hadapi karenah budak.. nampaknye kena buat pendekatan baru terhdap budak2 ni. supaya diorg ni dgr cakap skit.. diorg ni bukan bodoh ke bengap ke.. pandai2 sumenye.. cum aattitude tu yang kurang. mcm x reti nk hormat orang.. pensyarah pun x hormat.. at least respect people as a human being.. because we live together in this world.. so learn to respect people if u want respect from others.. respect not only for human being, we also respect all thins in this world such environmment, animals etc..
budak2 sekarang ni bukan nye mak ayah x cukup ajar, tp.. bila berkwan tu diorg jadi org yg kurang ajar... kalu bercakap pasal student skrg ni x abis sebenarnye...byk sgt benda especially - ATTITUDE.. Xpelah kite citer psal attitude budak2 ni lain kali je la..
malam td sembang ngan abg sampai kul 4. terus g sahur.. minum air je pun.. hehe.. mcm2 benda nk kiorg citer. most about us la... sebab lately ni relationship cm dah x mesra... hmm. why? we're not meant to each other ke??? ish.. xlah. bukan itu jawpannye.. mitorg je yg x nak mengalah. masing2 rasa diri masing2 tu betul.. so cmne kan.. lebih2 kagi.. aku ni.. stelah berbincang apa yang patut mlm td.. hope everything will be better... doa je la byk2 kan..
Wednesday, October 15, 2008
new life...
saya pulak perlu mulakan hidup baru.. jd org yg baru.. actually not really baru but improve from who i am now..... huhuhu... kena belaja memahami.. bukan x tahu, tp kdg2 pk cm saje je nk cari pasal... pastu kena marah, padan muka. hehe. mals la nk citer pjg2. teruskan je hidup ni... belaja dr kesilapan.. sekian dulu utk skrg...
nanti2 la smbg k...
Monday, October 13, 2008
communication
i know i must tell him want is playing around in my head.. because it will make our relationship become worse.. huhu.. please pray for me to be strong..
renungan
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orangyang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit,maka Allah memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari
pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka,barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih
dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak
terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari
dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia
taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan
puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi,
janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah
sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat.
Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita
setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah."
SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...
hari ini
dah 2 hari jugak x sembang2 ngan abg lama2.. rindu la.. tp kalu call pun x tahu nk sembang apa sgt... nanti bali2k gaduh2 je... huhu sape yg nangis2.. saya jugak... jd x yah la nk sembang2 kan.. buang masa je.. actually sya amat berharap saya dpt berubah menjadi yg lebih baik dr sebelumnye...
saya ni sebenarnye suka ikutkan hati... selagi x puas hati.. selagi tu la merengek2...pastu suka sgt ungkit2.. then sedih2 sendiri.. kalus elalu cmni, leh bengong kan... huhu.. msakit mental jadinye... abg pun dah fed up dah nk layan.. huhu.. jadi kena berubah kan.. jadi metured skit.. sebenarnye bukan x tahu benda tu x betul.. tp ntah.. ngada2 kan.. padan muka.. abg tu bukan x sayang.. sebab sayang la dia x layan.. kalu dia layan menjadi2 nanti.. huhu.. malam td teringat masa mula2 kawin dulu..hehhe.. cm best je.. tp xdelah skrg ni x best.. tp tulah kan.. masing2 cuba kenal hati masing2, cara hidup masing2.. masih dalam proses adaption... huhu.. tp aku ni je yg problem kan.. maybe selama ni org sume dgr je ckp aku kan.. tu yg aku jadi cmni tu.. bila org tu xnak puaskan hati aku je.. mula ngamuk2 x tetntu pasal.. tp lagi satu maybe org tu org yg kite sayang... alhamdulillah skrg ni aku dah makin leh cuba lupakan apa yg penah jadi.. hope sume akan berlalu macam tu je..slow2 ok.. huhu..
rindu nye la ngan abg.. kdg2 tu bila pikiran jahat dtg, terasa jugak yg abg dah lain... x mcm2 mula2 dulu.. tp itulah kan.. manusia itu berubah.. hope kasih sayang n cinta abg x berubah...mungkin sebab dah kawin kot.. pastu akukan suka buat perangai.. itu yg abg pun malas nk layan lebih2... huhu padan muka aku lah..
Wednesday, October 8, 2008
life must go on..
ari ni dah start keje... nasib baik xde kelas.. so relax skit la kan.. huu ari ni bermula dgn sedih.. pagi2 dah kean anta abg.. dia nk balik marudi dah... bulan 12 leh jumpa kot... 2 bulan tu beb... kering dah rindu ni... dia boarding, saya pun masuk keta.. terus nangis... hua hua hua.... sedih tau...
pastu balik umah smbg tido.. terasa penatnye badan ni.. g opis lak.. xde buat apa pun.. rehat2 je.. tido lagi.. hehe.. penat tu br nk dtg gaknye... hehe...
anyway raya dah abis, life must go on.. keje la bersungguh2 ye...
selamat hari raya
tahun ni saya beraya dengan mentua di kajang.. huhu.. agak sedih jugak x dpt pagi raya dgn mak ayah.. tp seronok pun ye gak.. coz raya dengan family baru kan.. pagi raya pertama, kitorg solat raya n bermaafan. pastu ptg2 skit g berya kat umah syaa... hehe umah besan dekat kan.. so g la raya.. pastu mlm tu smbg raya lagi.. esok nye balik JB. nk jumpa ngan atok abg.. tido sana semalam.. esok nye sambung beraya lg umah family abg then terus balik rembau... balik kg saya pulak la... balik2 je kena buat lemang n rendang.. mangsa nye adalah suami ku yg tercinta la.. sian dia... tp nasib baik dia jenis rajin n suka keje2 cmtu.. tu yg makin sayang tu... hehe
esok dah bertolak balik kl.. g rya umah kawan2 abg. pastu esok nye g raya umah sedara mara saya lak.. uisshhh... ryaa sakan betul rasanye... hari selasa, 7hb okt dah balik kuching dah...huhuh... dah abis dah raya...
Wednesday, September 24, 2008
24 ramadhan 1429
Monday, September 22, 2008
Kisah Fatimah R.Ha Mengisar Gandum
Terdengar kata-kata itu hati Rasulullah terguris hingga berlinang air mata baginda. Lalu baginda pun duduk berhampiran alat pengisar kemudian mengambil segenggam gandum dan melafazkan:
BismillahirRahmanirRahim
Ketika Rasulullah memasukkan gandum tersebut ke dalam alat pengisar maka bergeraklah alat itu dengan sendirinya sambil alat itu memuji akan Allah dalam bahasa yang amat indah dan suara yang amat merdu sehingga semuanyadikisar. Lalu baginda pun berkata, "Berhentilah kamu wahai alat pengisar."
Ketika itu Allah telah menjadikan alat itu dapat berkatakata. "Demi Allahyang menghantarmu dengan kebenaran sebagai seorang Rasul dan dengan berita sebagai orang yang diamanahkan. Aku tidak akan berhenti selagi kau tidak memberi jaminan daripada Allah untuk menempatkan aku di dalam syurga dan menjauhkan aku dari api neraka." Berkata Rasulullah SAW: "Kau adalah
batu, namun kau takut pada api neraka.
Alat pengisar menjawab:
"Wahai Rasulullah, aku telah terdengar kata-kata ini dari Al Ouran: Wahai orang yang beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang pembakarnya terdiri dari manusia dan batu-batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras tidak menderhakai terhadap apa yang diperintahkan Allah kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
Maka Rasulullah pun mendoakan untuk keselamatan batu itu. Selesai berdoa turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai Muhammad, Tuhan yang untuknya segala pujian dan yang Maha
Tinggi, mengirim salam dan penghormatan dan berpesan kepada engkau: Beritahu batu itu berita gembira bahawa Allah telah menganugerahhan pada batu itu keselamatan dari api neraka dan meletakkannya di antara batu-batu syurga di dalam mahligai Fatimah di mana ia akan bercahaya bagaikan matahari di alam ini.
Lalu disampaikan berita itu. Baginda memandang kepada Fatimah lalu bersabda:
"Wahai Faitmah, sekiranya bergitulah kehendak Allah, pengisar itu akan berkerja setiap hari tetapi Allah ingin mencatatkan untukmu perbuatan baik dan meninggikan darajatmu kerana tanggung jawab yang berat itu."
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit dl antara dirinya dengan api nereka jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
"Wahai Fatimah, bagi settap wanita yang memintal benang Allah akan mencatatkan unuknya perbuaan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."
"Wahai Fatimah, bagi settap wanita yang memintal akan benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka AIIah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian."
"Wahai Fatimah bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya menyikatnya mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak Itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhati."
(Riwayat Abu Hurairah)
8C sebab suami benci isteri
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...
C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami,tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renungkanlah.....
not in a good mood : I
istighfar byk2 kan bulan pose ni...
memaafkan n memahami...
tapi xpe lah kena belaja.. xkan nk mcm ni je.. kena blaja sabar.. memahami.. bg peluang utk dia berfikir.. jgn keruhkan keadaan..huhu.. jgn buat perangai dah..
sebenarnye sume ni bermula dr dlm hati.. kena lepaskan yg lepas2 tu dgn redha.. kene betul2 mulakan yg baru.. maafkan sepenuh hati... bukan hanya kat hati.. bila dr dalam hati tu x abis, akan terkenang2 nanti.. sapa yg susah? diri sedniri n secara x langsung kite akan menyakiti yg tersayang.. kesian dia..
br saya tahu kenap sy masih lagi terngiang2 apa yg pernah berlaku.. sebab saya x lepaskan sume tu dgn kemaafan saya.. hanya maaf di mulut.. jadi sempena bulan baik hari baik ni saya minta ampun byk2 pada semua dan saya akan lupaka apa yg jadi tu... lebih2 pada suami tercinta.. minta ampun zahir dan batin.. huhu.
last but not least.. thank sayang coz sabar dgn karenah saya yg ngada2 ni... huhu.. x sabar, suka pk bukan2 dan macam2 lagi la... insyaallah sy akan cuba berubah demi rumahtangga yg sy sayang ni... semoga kekal ke akhirat... amiinnn...
Friday, September 19, 2008
kerana dia manusia biasa 2...
kerana dia manusia biasa......
Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..
Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ......
Kerana Dia Manusia Biasa ...
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.
Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.
Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini
selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.
Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.
Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.
Sebenarnya.. . ..!!!
Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu
(benar-benar sibuk).
Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.
Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.
Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.
"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.
"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.
Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik
ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.
"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.
Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .......
"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........
************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ********* ********* *******
Kepada Yth ........
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya
Assalamu'alaikum Wr Wb
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.
Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.
Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.
Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia
biasa.
Cinta saya juga biasa saja.
Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.
Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.
Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.
Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin
Wassalamu'alaikum Wr Wb
************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ***
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.
Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia......?"
"Kerana dia manusia biasa....... . " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.
Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."
"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.
"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.
Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?"
"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.
Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.
Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.
Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.
Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.
Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.
Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta?
Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).
Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa.
Amin.
Wallahu 'alam
Thursday, September 18, 2008
research
itu br reseacrh utk konferensi, lum lg utk confirmation... huhu... bila nk start.. by hook or by crook, sha and i must start our research this semester break.. at least start something kan... chaiyok2..
oh student ku......
mayb yg mengajar nye muda sgt kot.. (perasn muda lak).. tp mungkin jugak la kan.. atau pun peredaran zaman tu yg jd penyebab.. pengaruh dr macam sumber... internet, tv, kwn2 etc la...
susah betul jd pendidik ni.. kalu nk dibiarkan rasa x sampai hti pulak nk bairkan diorg tu terkontang kanting x tahu apa2.. tp geram tu dtg jugak lah kan.. bila x dgr kata tu.. huhuhu
semoga anak2 didik ku itu akan berjaya dunia akhirat... amiinnn...
hari ini.....
Wednesday, September 17, 2008
kehidupan harian...
kebelakangan ni saya ni selalu jugak la cm hilang saba... x tahu la kenapa.. nak kata stress keje x jugak kot... keje cm biasa je... mgm byk tu loading nye.. tp ntah la skrg ni... angin kuskus tu selalu jugak meletus.. yg bahaya nye ia nye meletus tanpa diduga dan dimana2. dah bulan pose.. nampak sgt diri sebenar kite tu kan... hihi.. syaitan xde nk menghasut.. maksud mg dah cmtu kot dlm diri ni.. huhuhu...
hmm...keje melambak2 ni.. biasala kan tgh sem.. assignment budak2 pun melambak la nk ditanda... pasut dgn yg hantar lmbt nye.. nk marah2 x bape nk samapi hati.. at least dia antar jugak kan even lmbt pun.. drpada budak yg x anta langsung tuh...
agak nye saya ni byk sgt simpan dlm hati... itu yg asyik nk letup je kot... huhuhu.... hope i'll be better tomorrow... huhuhu
salam semua...
i'm back...
so.. i'm back.. hope saya akan selalu update la lepas ni...
hmm.. sekarang ni tgh bulan pose.. rasa x terlamabt lg kot nk ucapkan selamat berpuasa kepada sume.. ari ni nuzul quran which mean dah 17 hari kite sume berpuasa... lagi 13 hari dah nak raya.. yeayea!!! nak raya.. tp sedih jugak nk tinggalkan ramadhan ni.
tahun ni pertama kali saya berhari raya bersama suami dan bergelar seorang isteri... dan berhari di kg suami... beraya bersama family baru...
Friday, June 13, 2008
alhamdulillah..
the best moment masa saya dpt tgk muka my beloved hubby selepas dinikahkan.. coz setelah 2 bulan x jumpa.. terus jumpa masa nikah.. huhu.. syahdu.. nak nangis takut makeup cair lak ... hehe...
anyway... i really you sayang...
Tuesday, May 27, 2008
countdown...
Thursday, May 8, 2008
he's coming back.....
tp... alhamdulillah.. perasaan tu kembali... semoga ianya kekal hingga ke akhirnya... dan semoga saya lebih tabah hadapi dugaan selepas ini... dan juga hari yg dinanti akan berakhir seperti yg dirancang.... insyaallah...
Wednesday, May 7, 2008
n0thing to w0rriEd
but... i hope everything will gonna be fine soon... insyaAllah sy pun akan rasa bahagia mcm org lain... nothin gto worried kan... life is gamble... so take the risk!!!
chaiyok!!!
marking
hope everything will be fine on my BIG day.. hehe..