Monday, December 7, 2009

ketika cinta bertasbih



Sebuah lagi karya Habiburrahman El Shirazy yang diangkat dari novel tulisannya. KETIKA CINTA BERTASBIH, sebuah karya yang mengangkat darjat wanita dalam kehidupan. Kisah tentang pergolakan cinta, kehidupan, pilihan dan agama. KCB mengungkap pelbagai kisah sosial dalam satu skop yang amat luas. Sebuah kisah yang agak berat jika dibandingkan dengan Ayat-ayat Cinta. Hampir semua babak di dalam novel diadaptasikan di dalam filem ini.

Disebabkan xde keja yg nak disetelkan.. saya pun layan la ketika cinta bertasbih 1.. kenapa KCB 1? sebab KCB ada sambungannye.. hehe.. sama cm novel nye.. ada 2 jilid.. novel yg mula2 keluar la.. skrg ni ada yg hadrcover nye copy tu.. saya beli novel KCB ni before diadptasikan jd novel lagi.. tp cerita nye mmg best...

KCB mengisahkan tentang seorg pelajar Al Azhar yg bersusah payah menyara ibu n adik2 nye di Indonesia dengan menjual tempe dan bakso di Cairo. Dia terpaksa melengahkan tempoh pembelajaran di Cairo supaya dpt cari rezki utk ibu n adik2.. Dia abiskan masa di Cairo 9 tahun. dalam masa yg sama dia juga mencari cinta utk dijadikan suri hidupnye.. cerita cinta yg berlandaskan Islam..

Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cinta ku datangi, aku jadi malu pada keterangan ku sendiri. Meskipun lidah ku telah mampu menguraikan. Namun, tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena tergesa-gesa begitu menuliskannya. Kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta. Dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keldai berbaring dalam lumpur

-Anna Athafunnisa

Saya hanya ingin seperti fatimah, puteri kandung Nabi, yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh Saidina Ali bin Abi Tallib, suaminya. Saya ingin seperti Siti Khadijah, yang selama berumahtangga dengan Rasulullah S.A.W juga tidak pernah dimadu.

-Anna Athafunnisa

Cinta ada kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah malang jadi untung,, mengubah sedih jadi riang, mengubah setan jadi nabi, mengubah iblis jadi malaikat, mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan, mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah.

--Ayyatul Husna

1 comment:

rihana said...

1st episode BESTT!! 2ND XBESTT!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails